Bina masjid mirip Ka’abah, penduduk hanya mahu lepas rindu pada tanah suci

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap mereka yang beragama Islam, pasti menyimpan cita-cita untuk menjejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nanti.

Mana tidaknya, binaan Ka’abah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia pasti menambat hati sesiapa sahaja sekaligus membuat ramai sebak melihat kebesaran Allah S.W.T.

Baru-baru ini, tular akan sebuah binaan masjid yang dibangunkan di Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Badung Barat, Jawa Barat dikatakan mirip rekaan Ka’abah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Terangmedia itu dapat dilihat binaan masjid tersebut sangat sama seperti Ka’abah.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Difahamkan, binaan mirip Ka’abah itu dibuat bagi rakyat Indonesia melepaskan rindu terhadap kota Mekah yang jauh beribu-ribu kilometer itu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat masjid berkenaan sedang dicat dengan warna hitam dan masih lagi belum siap sepenuhnya.

Pembinaan masjid itu nampaknya mengudang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terkejut akan persamaan yang mereka lakukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen