Penumpang yang menaiki bas dari Melaka menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) berdepan detik mendebarkan bilamana bas yang dinaiki mereka hampir terlibat kemalangan.
Pemandu bas degil tak nak berhenti tepi
Berkongsi lanjut detik itu, pemandu bas itu dikatakan memandu secara berbahaya, tidak laju tetapi hampir sahaja melanggar beberapa kenderaan termasuk lori membawa muatan minyak.
@hotsinglemom96 Terima kasih pada semua yg ada bersama sama. Tak sempat nak ucap terima kasih pada semua esp pada abg baju biru tu. Semoga Allah Swt membalas kebaikan abg .
♬ Tak Ingin Usai - Keisya Levronka
Melihat keadaan itu, penumpang mulai bimbang dan cemas. Justeru itu, mereka meminta agar pemandu berkenan berhenti sementara tetapi tidak diendahkan olehnya.
"Masa dekat Melaka Central,dijangka bas memang akan sampai tempat waktu."
"Lepas separuh jalan dekat Pedas, pemandu mula memandu secara berbahaya...bukan laju, tapi seolah mengantuk dan nak langgar kenderaan lain."
"Memang masing-masing dah menjerit"
Lebih menyentuh emosi, pemilik akaun memaklumkan bahawa sewaktu kejadian, mulai kedengaran suara penumpang menjerit dan tak kurang juga yang menangis ketakutan.
Bagaimanapun, mujur ada seorang lelaki bersama bapanya selamatkan keadaan.
@hotsinglemom96 Reply to @do_where ♬ Menghitung Hari (Piano Version) - Gaius Yeong
Mereka nekad membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan memandangkan pemandu itu berkeras enggan memberhentikan kenderannya.
Bantuan bas sampai
Selang beberapa minit sewaktu mereka berkumpul di tepi jalan, polis peronda tiba di lokasi kejadian.
Pihak pengurusan juga menghantar bas yang baru untuk penumpang bagi meneruskan perjalanan mereka.
Tinggalkan Komen