Anak hampir dilanggar kereta, abang askar rampas, hempas 'phone' ibu ke jalan, geram sebab terlampau leka

Oleh: Shasha Zack

Setiap kali berada di jalan raya, kita hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

Berbeza dengan satu video yang tular ini, menunjukkan seorang ibu yang terlampau leka menggunakan telefon bimbit di jalan raya hingga hampir meragut nyawa anaknya.

Mujur abang askar sempat berlari selamatkan...

Video yang tular di Twitter ini menunjukkan seorang wanita dipercayai sedang leka dengan telefonnya, tidak sedar anak perempuannya yang 'menonng' ingin melintas jalan.

Keadaan menjadi cemas ketika sebuah kereta dilihat hampir saja melanggar kanak-kanak tersebut namun mujur sempat diselamatkan oleh seorang askar yang berlari pantas menarik budak tersebut.

"Salute, hero negara..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas dan berani lelaki tersebut yang menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak tanpa fikir panjang malahan mempertaruhkan nyawa sendiri.

"Tindakan tepat, buang phone mak dia..."

"God on duty."

Anda masih keseorangan?

1,115,772 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen