Musim durian kali ini nampak meriah apabila semakin ramai yang membuat video 'review' di media sosial, membuatkan lebih ramai yang 'menyerbu' kedai durian terdekat.
Sama dengan seorang 'influencer' dari negara seberang ini apabila tidak melepaskan peluang membuat video konten sedang makan durian, namun diterpa satu situasi yang sangat mengejutkan!.
"Serius terkejut, tengah sedap2 makan tiba2..."
Perkongsian @yusifadila di Tiktok menunjukkan dia yang sedang menikmati durian, tiba-tiba diterjah seorang wanita yang tidak dikenali dan mengambil seulas durian yang telah dikopek dan makan tanpa meminta izin.
Difahamkan berlaku salah faham, mungkin menyangka bahawa itu adalah 'tester', influencer ini akui sangat terkejut namun agak terhibur dengan gelagat wanita berkenaan.
@yusifadila Demi Apapun Kaget 😠Tapi Lucu ,Lagi Fokus Ngonten Tiba" ada kejadian Begini 🤣🤣🤣 #tanjungbatukundur #tanjungbatu #yusifadila #tepongkengpongkeng ♬ suara asli - Yusi Fadila NAMAKU
"Mungkin dia ingat tu tester..."
Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang meminta influencer ini menghalalkan apa yang berlaku kerana kemungkinan wanita berkenaan salah faham atau terlampau teringin menikmati buah durian.
Di samping itu, ramai juga yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan kurang adab kerana mengambil makanan orang lain tanpa izin.
"Harap akak halalkan dan niat sedekah..."
"Dia taktahu kot, jangan marah durian je pon."
"Tengok gaya makan macam lapar sangat..."
Tinggalkan Komen