Hari Raya Aidiladha jatuh pada Ahad, 10 Julai 2022

Oleh: Shasha Zack

Menerusi Kosmo, Hari Raya Korban 1443 Hijrah diisytiharkan jatuh pada tarikh 10 Julai 2022 iaitu pada hari Ahad.

Pengungumam yang dinantikan oleh umat Islam itu disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan mohor Besar Raja-Raja adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1443 Hijrah adalah pada hari Jumaat 1 Julai 2022."

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 10 Julai 2022.” 

Hari Raya Aidiladha |

Terdapat 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.

Hari Raya Korban: Adat, Hukum dan Sunnah Daging Korban - Butterkicap

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen