Kanak2 4 tahun maut ditinggal dalam kereta akibat suhu tinggi, ibu bapa hadir pengebumian keluarga

Oleh: Shasha Zack

Tragis dan menyayat hati, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan maut kerana ditinggalkan dalam kereta yang bersuhu 76 darjah celsius!.

Kejadian yang berlaku di Iran itu difahamkan kerana ibu bapanya menghadiri pengebumian keuarga dan meninggalkan anak di dalam kereta.

Mangsa tengah tidur, taknak rumitkan keadaan, parents tinggal dalam kereta...

Selain suhu tinggi, mangsa disahkan meninggal dunia akibat tekanan melampau, kekurangan oksigen di dalam kenderaan, lapor Dailystar.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang sedang tidur ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam kenderaan yang dikunci sebelum menghadiri majlis pengebumian tersebut. Kedua-duanya dikatakan terlupa dengan keberadaan mangsa di dalam kenderaan.

Apabila kedua-dua ibu bapanya menyedari bahawa mangsa ditinggalkan dalam kenderaan, mereka bergegas untuk mendapatkannya bagaimanapun sudah terlambat.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dan suhu panas.  

Kanak-Kanak Perempuan Maut Tertinggal Hampir 10 Jam Dalam Kereta Bapa

Gambar hiasan

Ibu bapa dapatkan kaunseling trauma

Akibat kematian yang tidak disangka, kedua ibu bapa difahamkan menghadapi trauma dan kini dihantar ke kaunseling. Siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan keterangan bakal diambil dari kedua ibu bapa mangsa.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen