Rakyat Malaysia sememangnya penuh sopan santun dan berbudi bahasa.
Begitulah seperti satu video yang tular ini, menunjukkan sebuah kereta BMW yang sangat sopan santun dan penuh adab, ketika pemandu menghidupkan lampu 'double signal' sebagai tanda terima kasih selepas kereta di belakang memberikan laluan.
"Nak ucap terima kasih tak susah pon..."
Perkongsian @syafiqr di Tiktok menunjukkan rasa terharunya apabila pemandu BMW di hadapan, menghidupkan lampu double signal sebagi tanda mengucapkan terima kasih.
Dalam video, dapat dilihat kereta BMW tersebut menghidupkan 'signal' sebelum memasuki laluan kanan jalan raya dan akhirnya mengucapkan terima kasih setelah Syafiq memberi laluan.
@syafiqrazmi Terbaik rakyat malaysia🫡
♬ Di Luar Kemampuanku - Ukays
"Aku paling happy dapat double signal gini, rasa pertolongan dihargai..."
Tinjauan ke ruangan komen mendpaat rata-rata netizen turut terharu dengan tindkaan pemandu BMW berkenaan selain memuji sikapnya yang sangat berbudi bahasa dan disifatkan sebagai mengenang budi.
"Rasa happy bila orang bagi double signal macamni bila dah bagi laluan..."
"Sejenis pemandu yang mengenang budi..."
"Suami selalu dapat macamni, kesian katanya..."
Tinggalkan Komen