Motosikal terbabas gara2 nampak wanita 'catwalk' tengah jalan raya buat netizen membara - "Dia ingat zebra line ke!"

Oleh: Shasha Zack

Terkadang kita sudah cukup berhati-hati di atas jalan raya, namun dek kerana kecuaian orang lain, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Samalah seperti video yang tular ini, menunjukkan seorang penunggang motosikal yang terbabas lalu tergolek gara-gara 'ketenangan' seorang wanita!

Jalan tengah sibuk, dia relaks je 'tercegat' kat tengah jalan raya macamtu

Perkongsian Malaysia Most Viral di Twitter menunjukkan sebuah motosikal yang terbabas hingga penunggangnya tergolek di atas jalan raya hanya kerana seorang wanita ini yang selamba melintas jalan.

Dalam video, dapat dilihat wanita berbaju merah jambu itu tenang melintas di tengah kesibukan jalan raya lalu berhenti di tengah giran putus-putus. Mungkin penunggang motosikal itu tidak perasan, dia lantas terkejut melihat wanita berkenaan lalu terbabas dan kemalangan.

 

"Punya relaks dia melintas jalan macam ada lintasan zebra."

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen panas hati melihat 'ketenangan' wanita tersebut yang mnjadi punca kemalangan orang lain malahan mengecam tindakannya yang rupanya melintas jalan sambil bermain telefon.

"Melintas sambil main hp..."

"First time dapat tengok manusia..."

"Kesian wey, nampak sangat dia terkejut..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen