Kakak tulis surat 434m panjang untuk pujuk adik gara2 kena block di Whatsapp - "Saya lupa wish Brothers Day..."

Oleh: Shasha Zack

Kasih seorang kakak, wanita ini rela menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya bagi memujuk adik kesayangannya itu akibat terlupa untuk mengucapkan 'Selamat Hari Adik' beberapa bulan lalu.

Menerusi sumber Independent, Krishnapriya menulis surat seberat 5kg dalam masa 12 jam demi meminta maaf kepada adiknya, Krishnaprasad selepas disekat nombornya di aplikasi Whatsapp.

 

 
 
 

"Saya beli 14 gulung kertas, ambil masa 12 jam siapkan surat 434m panjang & seberat 5kg..."

Krishnapriya akui mati akal untuk memujuk adiknya sebelum terlintas satu cara 'klasik' dengan menulis surat untuk menyatakan rasa kasihnya dan demi memulihkan kembali hubungan mereka.

 

Krishnaprasad yang menerima bungkusan surat pada awalnya menyangka bahawa ianya adalah hadiah hari lahir sebelum terkejut apabila membuka bungkusan dan mendapati kandungannya adalah surat seberat 5kg.

“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat ‘Hari Adik’ padanya. Menjelang petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.

“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4, tetapi tidak lama kemudian saya menyedari bahawa ia tidak mencukupi kerana banyak perkara yang perlu saya sampaikan kepadanya.”

“Saya memutuskan untuk membeli kertas lebih banyak namun mereka mengatakan bahawa mereka hanya mempunyai kertas bil gulung jika mahu yang lebih panjang.”

“Saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa kira-kira 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat yang berukuran 434m panjang dan seberat 5kg.”

Masuk dalam Guiness World Record, surat terpanjang

Krishnaprasad pula menyatakan perasaan gembiranya apabila menerima bungkusan tersebut dan akui sangat bahagia atas ingatan tulus ikhlas dari kakaknya.

“Jarak umur kami tujuh tahun. Jadi dia menghormati saya dan takut dengan saya seperti ibu atau guru.

“Kami sangat rapat antara satu sama lain dan berkongsi hubungan yang sangat mesra.

“Semasa membesar bersama, kami seperti kembar kerana kami akan memakai pakaian yang sama warna pada majlis-majlis khas keluarga, luah Krishnapriya kepada media tempatan.

“Saya terluka dan sedih sebab dia tidak ucap selamat pada saya sempena ‘Hari Adik’ pada tahun ini. Saya ada menelefonnya tapi dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak boleh bersembang lama. Oleh sebab itu saya tidak bercakap lama ketika dihubungi dan menyekat nombornya di Whatsapp,” ujarnya.

Sementara itu, dia juga percaya bahawa ia mampu menjadi surat terpanjang yang pernah ditulis dan dia telah memohon untuk mencalonkan surat itu ke dalam senarai Rekod Dunia Guinness.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen