Rakyat buat 'panic buying' gara2 berita subsidi minyak masak paket palsu

Oleh: Shasha Zack

Menurut Harian Metro, subsidi minyak masak yang dikatakan bakal dihentikan adalah berita palsu menyebabkan berlakunya pembelian panik hingga menjejaskan bekalan di pasaran.

Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata mesyuarat dimaklumkan ramai pengguna membeli lebih daripada keperluan kerana berita palsu mendakwa subsidi ditarik balik.

"Kita sudah bincang tadi, akan ada langkah tertentu yang diambil, namun tidak akan mendedahkannya. Soal tidak cukup (bekalan minyak masak), ada kaedah tertentu dan akan diperbaiki dalam masa terdekat."

Minyak masak pun kena fitnah? Ambil tahu fakta sebenar tentang minyak masak  paket - Konfiden.com

"Jumlah (minyak masak) yang disubsidi ada 60,000 metrik tan.."

"Jumlah (minyak masak) yang disubsidi ada 60,000 metrik tan. Bancian yang dibuat, sebenarnya setiap bulan kita memerlukan kira-kira 50,000 metrik tan, namun kita lebihkan 10,000 metrik tan."

 

"Jadi ia lebih daripada cukup dan kita akan uruskan dengan lebih baik lagi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama pasukan itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri)"

Annuar berkata, pihak KPDNHEP akan memberi perincian lanjut berhubung langkah yang akan diambil.

Katanya, semua minyak masak bersubsidi hanya dikeluarkan dalam peket satu kilogram dan penjualannya akan dipantau oleh KPDNEP berdasarkan undang-undang sedia ada.

Susah dapat stok minyak masak paket

 

"Kita perlukan kerjasama daripada semua pihak untuk melakukannya (mengekang ketirisan termasuk penyeludupan) kerana tindakan ini ternyata merugikan negara.

"Jumlah subsidi ini adalah wang rakyat dan ia membabitkan jumlah yang besar, kebocoran tidak seharusnya berlaku. Kita minta pengguna untuk bersama-sama melaporkan sekiranya mereka tahu mengenai aktiviti berkenaan (penyeludupan)." 

Dalam pada itu, Annuar berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah diminta mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaut keuntungan berlebihan menerusi penjualan semula minyak masak peket secara dalam talian.

"Semalam terdapat iklan di platform jualan atas talian yang membuat tawaran menjual lima peket minyak masak dengan harga RM27, sedangkan harganya untuk lima unit itu RM12.50 sahaja.

"Minyak subsidi tidak sepatutnya diniagakan semula, jadi kita minta MCMC untuk mengambil tindakan dan KPDNHEP juga akan bertindak tegas kerana ia melanggar akta sedia ada."

Peniaga kena marah minyak masak paket tiada stok

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen