Tak tergugat dengan fenomena Mat Kilau, Mohd Amar tetap pendirian haramkan wayang di Kelantan

Di saat orang ramai seronok bercerita pengalaman menonton filem Mat Kilau, kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian mereka yang mengharamkan pembukaan wayang di negeri itu.

Mat Kilau (2022) - Photo Gallery - IMDb

"Mereka boleh tengok di Netflix"

Kata Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah, rakyat Kelantan mempunyai pilihan lain untuk menonton filem dan kerajaan negeri tidak menghalang mereka berbuat demikian.

"Orang Kelantan sendiri tidak bising pasal pawagam sebab mereka boleh tengok dekat Netflix. Netflix boleh tengok semua. Jadi kenapa kena bayar duit pergi pawagam."

"You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok."

-Mohd Amar-

Tak sesuai dengan konteks Kelantan

Selain itu, beliau juga menolak pendapat bahawa keputusan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan.

"Bukan soal business. Tak ramai minat buka pawagam. Sejak dunia jadi terbuka, digital dan sebagainya, pawagam banyak yang tutup."

"Kalau kami tak buat dasar pun, di KL banyak pawagam sudah tutup, Coliseum, Federal. Semua tutup. GSC itu banyak yang tutup."

"Bagai saya ini bukan satu isu besar. Kami tak halang orang nak berhibur, cuma dalam konteks Kelantan kita rasa tidak sesuai."

-Mohd Amar-

Pengusaha panggung wayang lega dapat beroperasi semula - Kosmo Digital

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');