Tips Untuk Kelihatan ‘Handsome’ Di Hari Bahagia, Mari Mulakan Sebelum Terlambat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya bakal pengantin perempuan sahaja yang akan menitik beratkan kecantikan kulit apabila hari bahagia bakal tiba. Bagaimana pula dengan bakal pengantin lelaki? Tidak akan bersahaja saja? Tak akan tak nak kelihatan lebih handsome dan kemas apabila hari bahagia menjelang. Mestilah nak kan? Jadi mari ikuti tips ini untuk mendapatkan kulit yang lebih elok untuk hari bahagia yang bakal menjelang tiba.



1. Cuci muka.
Apa yang paling penting ialah bersihkan muka terlebih dahulu dengan menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda. Terutama jika anda mempunyai masalah kulit berminyak dan sensitif. Jangan pula anda menggunakan sabun badan untuk muka anda. Hal ini kerana sabun badan akan menyebabkan kulit muka anda akan lebih kering. Cuci muka anda sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari ye.

2. Scrub.
Sekarang ini pelbagai jenis scrub untuk muka ada di pasaran. Scrub untuk lelaki juga tidak kurang banyaknya. Untuk menanggalkan kulit mati dan mendapatkan kulit yang baru anda perlulah menggunakan scrub. Tidak perlu guna hari-hari pun. Cukup 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Anda pasti akan nampak perubahannya.

3. Pelembap (moisturizer).
Penggunaan pelembap ini amat penting untuk mengawal air dalam kulit agar tidak kering. Malah ia juga bertindak sebagai pelindung dari sinaran UV terutama jika anda melakukan kerja di bawah panas cahaya matahari. Di samping itu juga, ia mampu mengekalkan awet muda untuk 10 tahun akan datang. Tak akan nak bagi isteri anda sahaja kelihatan awet muda kan?

4. Jangan memicit jerawat.
Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Jangan sesekali anda memicit jerawat anda terutama sekali apabila ia belum masak sepenuhnya. Takut berbekas pula nanti. Tapi kalau sudah masak, pastikan guna tangan dan tisu yang bersih untuk memicitnya.

5. Trim.
Ada misai dan janggut ini sememangnya kelihatan macho. Tapi pastikan bulu muka anda sentiasa ditrim, dikemas dan disisir jika perlu. Lepas itu barulah naik atas pelamin dengan muka handsome.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen