Ingatkan main sep2, netizen terkejut rupanya wanita dipukul suami? -"Sampai goyang kereta tu..."

Dalam pada orang ramai sedang berpusu-pusu ke tempat kerja, siapa sangka nasib wanita ini berlaku sebaliknya apabila menjadi mangsa pukul seorang lelaki yang disyaki suaminya.

Saling berlawan tangan dalam kereta

Detik mencurigakan itu sempat dirakam oleh kenderaan di belakangnya dan telah dimuat naik di platform Tiktok yang mana sekaligus mencetuskan tanda tanya.

@abahmj Main sep sep ke tu? 🤷🏻‍♂️ #fyp #fypシ゚viral #respectwomen ♬ original sound - VIRTUE

 

Dalam video itu, kelihatan wanita berkenaan yang berada di bahagian depan tempat duduk penumpang sedang berlawan tangan dengan pemandu kereta.

Terkejut kepala dipukul pula

Tanggapan awal warganet mereka mungkin bergurau, namun apabila melihat pemandu terbabit bertindak memukul kepala wanita tersebut membuatkan ramai mendakwa dia menjadi mangsa amukan lelaki berkenaan.

"Simpan buat report"

Meninjau ke ruangan komen, netizen meminta agar pemilik akaun menyimpan video tersebut sebagai bahan bukti agar wanita itu mendapat pembelaan jika dia ingin membawa kes tersebut ke balai polis.

"Bahaya, boleh sebabkan kemalangan"

"Itu baru dalam kereta"

Namun, tak kurang juga yang luah kasihan mengenangkan nasibnya berdepan situasi sukar itu sendirian.

"Sedihnya tengok, mesti sakit"

"Kenapa wujud laki macam ni?"

Cuba bersangka baik

Adapun begitu, sebahagian netizen lebih memilih untuk bersangka baik terhadap permasalahan  yang tercetus antara dua pihak itu dengan tidak membuat sebarang andaian.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen