Sayang punya pasal, lelaki sanggup berhabis RM700 belikan barang keperluan teman wanita

Apabila bercerita tentang cinta, semua orang tahu betapa hebatnya penangan orang bercinta ni, termasuklah sanggup melakukan apa sahaja untuk insan yang dicintai.

Lelaki murah hati belanja barang keperluan awek

Mungkin ramai tak percaya, tapi itulah hakikatnya yang mana ia dapat dilihat menerusi perkongsian Zarul Syafiq di laman Tiktok.

@__zarulsyafiq Apa salahnye sebulan sekali je pon #fypシ #abcxyz ♬ Angel Baby - sadvibes🥀

Difahamkan, dia telah membelanjakan kira-kira RM700 untuk membeli barang keperluan bukan sahaja untuk teman wanitanya tetapi juga kawan serumahnya.

"Mak aih melampau"

Melihat kesanggupannya berbuat demikian, pasti ramai tidak menyangka bahawa dia sangat bermurah hati sehingga sebegitu ikhlas menampung kos perbelanjaan orang lain.

"Belanja saya sekali bang"

"Ni kalau kena tinggal tak tahu lah"

"Hati-hati bang"

Dalam waktu sama, warganet turut meminta dia berhati-hati sebelum kebaikannya dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan diri mereka.

"Jangan bagi orang ambil kesempatan"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen