Jangan beli! Malaysia tidak import air zam zam

Menjelang musim menunaikan Haji, orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai atau membeli air zamzam yang dijual di mana-mana platform atas talian

Malaysia tak keluarkan lesen import air zam zam

Demikian adalah kerana Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, tindakan penolakan konsainan akan dilaksanakan sekiranya terdapat pengimportan air zam zam yang tak berlesen.

Justeru itu, air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran diragui ketulenannya.

"Pemakluman berkaitan kesalahan penjualan air zam zam ini telah diuar-uarkan kepada orang ramai sejak tahun 2015 lagi."

"Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi yang termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan pengimportan produk itu memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa dan hidrologi dari negara pengeksport."

-Dr Noor Hisham-

Jangan beli, dikhuatir tiruan

Selain itu, Dr Noor Hisham turut menbambah bahawasannya kerajaan Arab Saudi juga tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau secara 'online' terutamanya pada musim haji ini kerana dikuatiri ia tiruan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen