Polis cari lelaki disyaki hidu gam sambil tunggang motosikal di Seremban

Sejak semalam, tular sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Lelaki hidu gam atas motor diburu polis

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

"Lelaki itu menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya dan dipercayai dalam keadaan khayal."

"Dalam rakaman tersebut suspek turut dilihat tidak memakai topi keledar dan tangan kiring memegang bungkusan plastik sambil menghidu sesuatu yang dipercayai gam."

-Nanda Maarof-

Susulan itu, pihaknya meminta orang ramai untuk bantu menjejaki lelaki terbabit.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,115,769 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen