Sejak semalam, tular sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai dalam keadaan khayal.
Menurut sumber, kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.
Lelaki hidu gam atas motor diburu polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.
"Lelaki itu menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya dan dipercayai dalam keadaan khayal."
"Dalam rakaman tersebut suspek turut dilihat tidak memakai topi keledar dan tangan kiring memegang bungkusan plastik sambil menghidu sesuatu yang dipercayai gam."
-Nanda Maarof-
Susulan itu, pihaknya meminta orang ramai untuk bantu menjejaki lelaki terbabit.
Tinggalkan Komen