Suruh rakyat kurangkan makan telur, pengarah KPDNHEP Melaka teruk dikritik. -"Kau buat apa ni?"

Semalam merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia, bilamana kita menyaksikan perubahan mendadak yang berlaku terhadap harga barangan di pasaran.

Tak dinafikan ramai yang terjejas, baik dari kalangan pembekal, peruncit mahupun pengguna.

"Kurangkan makan telur"

Mengambil maklum akan perkara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka berkesempatan membuat pemantauan di sebuah pasar di Melaka, semalam.

 

 

Pengarahnya, Norena Jaafar berpendapat agar orang ramai mengurangkan kadar penggunaan telur berikutan kenaikan harga yang berlaku.

"Kalau dah tahu harga telur tinggi, kita kurangkan makan telur."

"Kalau selalu dalam seminggu tu kita makan 20 biji , kita cuba kurangkan makan 10 atau 15 biji, tak ada masalah...itu adalah cara gaya hidup kita."

"Habis tu nak makan apa lagi?"

Bagaimanapun, ulasannya diselar netizen yang rata-ratanya mempersoalkan ketidakwajarannya memberi respon sebegitu.

"Baik cakap tak payah makan terus"

 

"Baik tak payah bayar gaji kau"

Demikian adalah kerana orang ramai beranggapan beliau akan menyelesaikan masalah kenaikan harga itu supaya tidak berpanjangan, namun lain pula yang dihujahkan.

"Belum layak jadi pengarah"

 

Anda masih keseorangan?

1,115,769 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen