Lelaki nafi pukul isteri, kereta goyang sebab buat Tiktok. -"Dia sedekit teruja!"

Semalam, tular di media sosial akan sebuah video menyaksikan perbuatan seorang lelaki didakwa telah memukul isterinya di dalam kereta.

Hantaran itu meninggalkan pelbagai respon dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bimbang akan nasib wanita berkenaan kerana menjadi mangsa amukan individu disyaki suaminya.

"Dia isteri saya, kami buat Tiktok"

Bagaimanapun, video itu kemudiannya sampai ke pengetahuan pemilik kereta Proton Saga sepertimana yang tertera dalam video yang tular.

Dia menafikan telah memukul isterinya sepertimana dakwaan orang ramai.

 

 

"Dia sedikit teruja"

Ujarnya sewaktu kejadian, mereka sedang membuat 'content' untuk video Tiktok.

Manakala, adegan 'angkat tangan' dan kereta bergoyang pula menunjukkan keterujaan masing-masing, terutamanya isterinya yang ketika itu berada di sebelah tempat duduk pemandu.

"Meh tengok Tiktok tu"

Namun begitu, warganet masih tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki terbabit dan meminta agar dia berkongsi hasil video yang dirakam.

Jika benar ia akan dimuat naik di Tiktok, lelaki itu diminta kemukakan bukti.

"Tak guna cakap tanpa bukti"

Demikian kerana mereka bimbang sekiranya pengakuan yang dibuat sekadar ingin menutup kesilapan diri sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,113,895 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen