Bagi seorang isteri yang bekerjaya, tak dinafikan mereka sangat kesuntukan masa kerana perlu membahagikan waktunya untuk urusan kerja dengan hal rumah tangga.
Adakalanya, mereka juga tidak sempat untuk memikirkan diri sendiri kerana menjadikan keluarga yang paling utama dalam urusan seharian, namun ia akan terlihat lancar apabila mempunyai anak-anak dan suami yang memahami dan saling membantu menguruskan kerja-kerja rumah.
Terkejut rumah berasap
Adapun begitu, semuanya perlu dipraktikkan dan menjadikan ia sebagai satu kebiasaan walaupun pada awalnya mungkin berdepan sedikit kesukaran sepertimana insiden yang menimpa wanita ini.
@feey1710 #maggienyarentung ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio
Dia yang baru sahaja pulang dari tempat kerja terkejut apabila mendapati rumahnya dipenuhi asap.
Anak terlupa matikan api dapur
Setibanya di dapur, rupanya maggi yang direbus anaknya di dalam periuk sudah kering dan rentung.
Sementara budak bertuah itu pula tiada di rumah kerana sakan bermain di luar bersama rakan-rakannya, barangkali terlupa bahawa dia ada memasak sesuatu sebelum keluar.
"Terbukti tak melekat"
Meninjau ke ruangan komen, ramai pula berseloroh mengusik si ibu agar tidak perlu bimbang kerana periuk yang digunakan oleh anak diyakini keselamatannya.
"Periuk mahal!"
"Tetap kena hati-hati"
Pun begitu, ada juga yang luah risau jika periuk itu ditinggal lebih lama, pastinya insiden lain pula yang terjadi selain meminta agar dia lebih peka selepas ini.
Tinggalkan Komen