Orang lama sememangnya kaya dengan kepelbagaian adat. Meskipun nampak lapuk tetapi tak dinafikan ia menjadi kebanggaan dan masih dilakukan di zaman serba moden ini.
Sesi makan beras kuning jadi tumpuan
Misalnya seperti yang dilakukan di dalam majlis pasangan mempelai ini.
Mereka masih melakukan aktiviti bersanding seperti kebiasaan pasangan lain, namun bezanya di hadapan pengantin kelihatan bekas berisi beras berwarna kuning, yang mana difahamkan ia telah direndam dengan air kunyit.
@iena_ag Bila mak kau terlebih ikut adat. #fyp ♬ original sound - Dian
Sempat siku suami kat sebelah
Sewaktu sesi bersalaman, datang mak pengantin mengambil beberapa butir beras itu dan meminta agar anak dan menantunya menjamah sedikit sepertimana adat yang dilakukan oleh orang zaman dulu.
Awalnya, pengantin perempuan cuba untuk mengelak daripada berbuat demikian, jadi dia sempat menyiku suami di sebelah konon nak melepaskan diri tetapi tiada pilihan lain apabila kedua-duanya perlu melakukannya bersama.
"Part siku tak boleh tahan"
Melihat gelagat spontan pengantin lelaki disiku sebegitu membuatkan wanita berkenaan diusik netizen kerana cubaannya melarikan diri bertemu kegagalan.
"Muka reda tu tak boleh blah"
Netizen kongsi pengalaman
Di samping itu, ada juga yang mula terimbau kenangan lama bilamana pernah berada di situsia sama sepertinya.
Tinggalkan Komen