"Subsidi harga ayam juga dinikmati warga asing..." -Ismail Sabri

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataannya pada Ahad berkata, subsidi harga ayam yang diberi kerajaan juga akan dikongsi warga asing.

Kongsi subsidi ayam dengan warga asing

Hal itu secara tak langsung, warga asing yang bekerja di negara ini turut mendapat subsidi harga ayam yang sepatutnya dinikmati warganegara Malaysia.

"Kalau kita bagi subsidi ayam, bukan rakyat Malaysia saja untung. Pekerja asing juga dapat...Rohingya pun beli ayam subsidi."

"Sebab itu kita juga bagi duit BKM, kita tak nak bagi warga asing dapat faedah subsidi."

-Ismail Sabri-

Wang dijimatkan untuk tambah BKM

Beliau turut menjelaskan tentang pengurangan subsidi harga ayam dibuat kerajaan adalah bagi membolehkan ia disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

"Kita ambil sikit (kurangkan) bagi terus terus pada rakyat (melalui BKM), dulu (subsidi) RM1.40 kini RM1.20."

-Ismail Sabri-

Maka dengan pengurangan subsidi itu, kerajaan boleh menggunakan wang yang dijimatkan untuk menambah jumlah BKM kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan pimpinannnya memberi BKM sehingga RM2,600 setahun untuk kumpulan sasar.

Malah, BKM mungkin akan ditambah sekiranya isu peningkatan harga barangan terus berlanjutan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen