Ditanya secara 'live' tentang Ira Kazar, netizen 'mendidih' lihat respon Syamsul Yusof

Sejak kebelakangan ini, kemelut yang melanda rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, isu makin panas apabila Puteri Sarah akhirnya membawa kes tersebut ke mahkamah bagi menyaman pihak ketiga yang mengganggu rumah tangganya dan suami.

Isyarat 'kunci mulut' petanda Syamsul Yusof enggan ulas tentang Ira Kazar

Sementara itu, pihak Syamsul pula masih memilih untuk mendiamkan diri hingga ke saat ini, termasuklah sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program realiti TV yang dikendalikan oleh Azni Hj Nawawi (Paknil).

 

@kakmekk Hard to heart episod malam ni #hardtoheart #irakazar #syamsulyusof ♬ original sound - ❤️A❤️P❤️

 

Menerusi perkongsian kakmekk di Tiktok, dapat disaksikan sedutan daripada babak program itu bilamana Paknil bertanyakan kepada Syamsul tentang Ira Kazar.

Syamsul dengan reaksi mukanya yang tenang hanya menunjukkan isyarat 'mengunci mulut' sekaligus memberi bayangan kepada penonton bahawa dia enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

"Takkan tak ada tindakan? Sedihlah..."

Meninjau ke ruangan komen, ramai luah geram dengan respon yang dipamerkan olehnya.

Rata-ratanya tidak menyangka selebriti yang selama ini disanjung akan menyakiti hati isterinya sebegitu.

 

"Ini bukan Syamsul yang dulu"

"Dia dah kena geng"

Dalam waktu sama,ada juga yang mencadangkan agar Syamsul pergi berubat kerana bimbang segala yang berlaku dalam rumah tangganya dan Puteri Sarah disebabkan oleh 'benda' dan 'unsur' lain.

 

"Bawa dia berubat"

"Lain betul tengok dia"

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen