Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemui berpelukan bawah timbunan pokok

Sekitar jam 9.30 pagi tadi, pasukan penyelamat mengesahkan bahawa mayat seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya ditemui dalam keadaan berpelukan.

Mayat Nurul Hanis Abu Hassan berusia 23 tahun dan ibu mentuanya Salmah Mat Akib berusia 53 tahun ditemui di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi.

Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba dan Sayani Saidon berkata, mayat ditemui selepas anggota ternampak kaki salah seorang mangsa di bawah timbunan batang pokok.

"Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan serta tiada kesan kecederaan luaran."

"Kita mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mentuanya Salmah."

-Bomba-

Seorang lagi ahli keluarga sama belum ditemui

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu Khairul Ikwan Azam berusia 14 tahun masih belum ditemui.

"Mangsa adalah daripada keluarga sama iaitu anak kepada Salmah dan operasi pencarian mangsa sedang giat dijalankan."

-Bomba-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen