"Tempat kerja dia keras..." -Bapa mentua dakwa kes menantu kelar isteri ada unsur 'ghaib'?

Sejak semalam, heboh diperkatakan umum akan kes seorang lelaki tergamak membunuh isteri serta bayinya yang baru berusia 44 hari.

Rentetan kejadian, kenalan serta ahli keluarga akui terkejut dan tidak menyangka akan tindakan lelaki berusia 25 tahun itu yang nekad berbuat demikian.

"Saya maafkan dia dan tak berdendam"

Menurut bapa mentua kepada suspek, Rosman Ahmad, dia mengaku tidak menyimpan dendam terhadap Amir (suspek).

Pihaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap keluarga suspek dan besannya, Adam Abdullah atas kejadian menimpa mereka.

Suspek kelar isteri, anak negatif dadah | Harian Metro

"Dia (besan) kerap menghubungi saya sejak kejadian semalam dan meminta maaf, saya maafkan dan tidak berdendam kerana siapalah kita untuk mengadili sesuatu yang kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku."

"Alhamdulillah, dia (suspek) layan kami sekeluarga, layan saya dan isteri dengan sangat baik, kami kerap berjumpa dimana kali terakhir bertemu adalah minggu lepas bagi membincangkan majlis resepsi mereka yang dijadualkan pada 24 Julai ini."

-Rosman-

Tempat kerja menantu 'keras'

Selain itu, Rosman turut menambah menantunya berkemungkinan bertindak sedemikian kerana terdapat pengaruhy lain di tempat kerjanya yang baharu.

"Saya tidak berapa pasti, cuma ada anak buah yang beritahu sebelum ini tempat kerjanya yang baharu sedikit keras, tetapi saya tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu. Biarlah perkara yang sudah berlaku itu."

-Rosman-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen