Tular di media sosial yang memaparkan sepasang pengantin mengenakan pakaian berona putih dipercayai dala majlis akad nikah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagia Aribfitri_ itu dapat dilihat seorang kanak-kanak yang turut lengkap bergaun berwarna putih.
Bagaimanapun, gelagat kanak-kanak itu menjadi perhatian ramai susulan gelagatnya yang tiba-tiba memanjat ke atas tengkuk pengantin lelaki.
@aribfitri_ HAHA🤣🤣 #fypシ゚viral ♬ original sound - Bubih
Dalam video berdurasi 15 saat itu, gelagat kanak-kanak berkenaan membuat semua tetamu yang hadir geleng sekaligus terhibur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat kanak-kanak berkenaan. Malah, mereka juga berseloroh bahawa sebelum memikat ibu perlu pikat anaknya dahulu.
Tinggalkan Komen