Singgah nak beli rokok, pemuda tergelak peniaga tiba2 cabut lari. -"Diaorang ingat aku polis ke?"

Personaliti dan cara pemakaiannya bersahaja, namun siapa sangka peniaga kecilan di tepi jalan segera cabut lari apabila melihat kedatangan pemuda ini.

Peniaga lari macam ada buat salah

Detik kejadian ada dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok bernama Firdaus Nasir, yang mana sekaligus menjadi perhatian pengguna platform tersebut.

 

@firdausnasir6

 

♬ bunyi asal - 😎mickey mouse gua musang - JU towing_oncall

Menerusi sorotan tersebut, kelihatan beberapa orang peniaga di bawah kanopi sudah mulai tidak senang duduk apabila melihat Firdaus menghampiri mereka.

"Diaorang ingat aku polis ke?"

Makin mendekat, peniaga terbabit makin berundur sebelum masing-masing  berlari lintang pukang.

Hal itu membuatkan dia luah hairan dan mula berandaian, mungkin mereka beranggapan dirinya anggota yang sedang membuat penyamaran.

"Cara kau jalan bang"

Meninjau ke ruangan komen, warganet tidak henti berseloroh  sesama mereka selain membuat andaian sendiri berkenaan situasi itu.

"Mesti ada trauma sebelum ni"

 

"Kenapa lari kalau tak salah?"

Rata-ratanya akui terhibur mengenangkan reaksi peniaga tersebut yang menurut mereka pasti ada sesuatu yang dilakukan secara rahsia.

 

"Tak rilex"

"Kelakar lah"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen