"Nampak menyesal dekat muka dia." – Rakan2 sebak lihat lelaki disyaki bunuh anak & isteri bergari

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah seorang suami disyaki membunuh isteri dan anak yang baru berusia 44 hari pastinya menyentuh hati ramai orang.

Lebih-lebih lagi suspek dipercayai melarikan diri dalam keadaan tidak berpakaian selepas melakukan perbuatan itu.

Bukan hanya bapa mentua, namun rakan serta jiran-jiran yang mengenali suspek menyatakan bahawa lelaki berkenaan merupakan seorang yang baik serta penyayang.

Cara jalan suspek sentuh hati.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Berita RTM memaparkan suspek yang berpakaian berwarna oren turun dari trak polis.

Dalam video tersebut, suspek terlihat hanya menundukkan muka selain patuh dengan arahan pihak berkuasa ketika itu.

@beritartm Suspek kes bunuh isteri dan bayi lelaki di kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam direman 7 hari #trendingnewsmalaysia #beritartm #tiktokviralvideo #viralvideotiktok ♬ Sad piano ballad (BGM / sad)(936782) - TrickSTAR MUSIC

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutama kenalan suspek sayu melihat keadaan tersebut. Malah, mereka bertegas bahawa suspek mengalami masalah lain kerana terlihat tidak seperti dahulu.

Bukan itu sahaja, mereka juga berharap agar tidak terus menghukum suspek dengan andaian yang tidak pasti.

Sedih tengok kau Amir.

Kita tak tahu apa dia lalui

Nampak kekecewaan dia

Sayu tengok

Anda masih keseorangan?

1,113,904 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen