Sebelum ini, hangat diperkatakan oleh orang ramai tentang cadangan waktu bekerja empat hari dalam seminggu.
Hanya cadangan sahaja
Namun begitu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Mohd Syafiq berkata, ia hanyalah di peringkat penilitian dan kajian sahaja.
Ujarnya, bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa terbuka mendapatkan input menyeluruh daripada pihak- pihak berkepentingan bagi mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut secara empirikal.
"Walaupun beberapa buah negara kini sedang melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu sebagai percubaan, tetapi JPA berpandangan bahawa pendekatan ini hendaklah dilihat secara holistik, terutamanya dari segi kesesuaian serta keberkesanan terhadap struktur perkhidmatan awam di negara ini."
"JPA juga amat cakna akan kesan dan impak pelaksanaan sebarang dasar baharu terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam, khusunya ketika kerajaan dalam proses merancakkan semula ekonomi negara."
-DS Mohd Syafiq-
Tinggalkan Komen