“Abang nak main tak?” – Penghuni rumah bujang ketakutan, diganggu lelaki ‘kunyit’ melambai di tingkap

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya orang wanita sahaja yang berdepan dengan gangguan seksual, namun kini golongan lelaki juga tidak ketinggalan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila sekumpulan lelaki dikatakan berdepan detik cemas apabila rumah bujang mereka diceroboh lelaki tidak dikenali.

“Abang nak main tak?”

Kejadian itu dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Darwisy_aziz yang cemas apabila dia dan rakan serumah dikatakan telah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan jiran belakang rumah sewa mereka.

Menurutnya, lelaki berkenaan muncul pada waktu malam di pintu belakang rumah mereka malah mengajak penghuni di dalamnya untuk ‘bermain’ dengannya.

Darwisy juga memuat naik video yang memapatkan lelaki berkenaan mengelilingi rumahnya dan mencuba untuk membuka pintu belakang.

Keadaan menjadi lebih cemas apabila lelaki berkenaan dipercayai berjaya masuk ke dalam rumah tersebut gara-gara penyewa baru yang mengajak individu tersebut yang membuka pintu untuknya.

Darwisy juga berkongsi bahawa penyewa baru itu seakan mencurigakan namun lebih terkejut apabila lelaki berkenaan diajak masuk ke rumah sekaligus berduaan di dalam bilik selama satu jam.

Tidak pasti apa yang dilakukan mereka berdua, Darwisy akhirnya bertindak melaporkan perkara itu kepada pemilik rumah tersebut menyebabkan penyewa baru itu dihalau serta keselamatan rumah tersebut diperketat.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa seram melihat keadaan itu. Bahkan mereka juga berharap penghuni rumah berkenaan lebih berhati-hati selepas ni.

Jadi lelaki pun tak selamat

Kena buat report polis

Pasang CCTV

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen