‘Pergi’ dalam Idaah, guru maut ditangan anak sendiri disifatkan seorang yang baik

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas kejadian tragis menimpa isteri dan anak yang baru berusia 44 hari, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan kes seorang ibu warga emas yang dikatakan dikelar oleh anaknya sendiri selepas mendengar bisikan.

Semalam, media melaporkan seorang duda berusia 38 tahun dikatakan telah bertindak agresif sehingga meragut nyawa ibunya, Rozizah Md Dom, di Kampung paya Luboh, Melaka.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya diberkas polis kira-kira 15 minit selepas kejadian bahkan miliki dua rekod lampau berkaitan narkotik serta sejarah rawatan pesakit psikiatri.

Seorang yang baik, tak pernah berkira

Sehubungan dengan pemergian warga emas yang berusia 63 tahun rata-rata kenalan mangsa turut bersimpati selain menyifatkan Allahyarham seorang yang baik dan mengambil berat.

Seorang lemah lembut

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang guru yang disenangani ramai.

Suami arwah baru meninggal dunia

Lebih menyentuh hati apabila Allahyarham dikatakan baru sahaja kehilangan suami dan masih lagi dalam tempoh iddah.

Salam takziah

Apa-apa pun, salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen