Tak sengaja langgar motor di simpang, pemandu Myvi 'lunyai' dihempuk dengan helmet

Seorang pemandu Perodua Myvi teruk dihempuk dengan helmet selepas dikatakan tak sengaja langgar sebuah motosikal yang baru hendak keluar simpang.

Pemandu Myvi teruk dihempuk 

Menerusi perkongsian semula oleh portal Majoriti, menyaksikan detik kejadian sebelum berlakunya pergaduhan melibatkan dua pihak terbabit.

 

 

Berhenti nak bincang

Sementara itu, menurut kawan kepada mangsa dipukul memaklumkan bahawa awalnya mereka ingin berbincang dengan cara baik tetapi penunggang motosikal berkenaan bertindak sebaliknya pula.

"Kawan saya berhenti untuk berbincang dengan penunggang tersebut dan melihat keadaan motosikal tersebut, namun tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia terus dihayun dengan helmet."

"Saya cuba bantu tapi dia terus bertindak agresif dan cuba mencederakan saya pula."

 Netizen berdebat pasal 'one way'

Adapun begitu, netizen pula saling berdebat pertikai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu Myvi terbabit yang dipercayai salah menggunakan laluan.

 

"Itu jalan dua hala"

"Nak mengamuk bawa bersabar"

Dalam waktu sama, ada juga yang tidak setuju jika pemandu Myvi itu diperlakukan sedemikian kerana dilihat sudah melampaui batas.

"Kau tak hak hempuk dia"

 

Namun, tidak dapat dipastikan akan kesahihan perkara tersebut memandangkan wakil dari kedua-dua pihak tidak memperincikan lanjut kejadian yang berlaku.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen