Gagal sembunyikan diri, lelaki bunuh abang dan kakak ipar ditahan di Genting Highlands

Seorang lelaki yang melarikan diri selepas membunuh sepasang suami isteri yang juga merupakan abang dan kakak iparnya di kampung Bercham Aman berjaya ditahan polis.

Lelaki bunuh abang, kakak ipar tahan

Perintah reman terhadap suspek berusia 61 tahun itu dibenarkan Majistret Jesseca Daimis sehingga 14 Julai depan selepas permohonan dikemukakan polis.

Memetik sumber Sinar Harian, suspek berjaya ditahan polis pada Khamis di sebuah hotel di Genting Highlands sekitar jam 7.45 malam.

Turut dijumapi bersama suspek, sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk mendatangkan kematian kepada kedua-dua mangsa.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia di kediamannya dalam keadaan masing-masing berlumuran darah.

Hasil pemeriksaan, terdapat kesan kecederaan di kepala yang disebabkan senjata tajam dan objek tumpul.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen