Senarai Barang Hantaran Yang Ringkas Tapi Mengikut Trend Masa Terkini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila majlis semakin dekat ini pening juga ya nak pilih barang hantaran untuk di bawa sebagai buah tangan apabila tiba majlis berlangsung. Apa barang hantaran yang utama perlu di bawa nanti? Kalau ikutkan trend masa kini, ramai yang memilih untuk memberi barang hantaran berdasarkan apa yang pasangan mereka suka. Eh, tapi kalau diikutkan apa yang di suka mampu ke kita ini?

Tidak pun, biar sahaja pasangan kita beli barang yang dia suka dan kita beli barang yang kita suka. Selepas itu tukar la, dan gubah untuk dijadikan hantaran. Eh boleh ke?

Tapi biasanya bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Kebiasaannya pula pihak perempuan akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki. Eh mesti bingung nak letak apa di dulang hantaran itu nanti.

Mungkin ini dapat membantu anda, terdapat beberapa contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.

1. Sirih Junjung.
2. Kemeja/Seluar.
3. Beg duit/Tali Pinggang.
4. Al-Quran Biasa/Digital.
5. Sejadah.
6. Jam Tangan.
7. Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi.
8. Kasut.
9. Buah-buahan.
10. Kek/Kek Cawan.
11. Coklat.
12. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad.
13. Bunga Rampai.


Serta contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

1. Mas kahwin/Duit Hantaran.
2. Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas.
3. Tepak sirih.
4. Al-Quran Biasa/Digital.
5. Sejadah.
6. Jam tangan.
7. Kasut.
8. Telekung.
9. Beg Tangan.
10. Set Wangian /Barang mekap.
11. Buah-buahan.

Apa-apa pun adalah lebih elok jika kita ikut kemampuan diri. Jangan pula nanti lepas berkahwin kita yang tersepit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen