Didakwa tipu bakal jemaah haji, lima individu termasuk pemilik syarikat pelancongan ditahan

Ekoran kejadian bakal jemaah haji yang terkandas di lapangan terbang KLIA pada Khamis, polis berjaya menahan seramai lima individu didakwa terlibat dalam kes tersebut.

Lima termasuk 'ketua' berjaya ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, tangkapan ke atas kelima-lima suspek dibuat malam tadi dan salah seorang seorang daripada mereka adalah pemilik syarikat pelancongan terbabit.

"Setakat ini ada lima tangkapan dua lelaki dan tiga perempuan, salah seorangnya adalah pemikik syarikat pelancongan itu, seorang agen di dalam saman yang dibuat dan dua pekerja."

-Ashari Abu Samah-

Terdahulu, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan selepas dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen