Wanita dikecam warganet, buka baju atas pentas lepas mengaku penghafaz Quran

Tular di media sosial hari ini akan sebuah video menyaksikan tindakan biadap seorang wanita membuka bajunya di atas pentas.

 

Wanita buka baju lepas mengaku penghafaz Quran

Dalam sorotan yang dikongsi oleh @Mynewshub kelihatan wanita itu ayu berbaju kurung dan bertudung berdiri di atas pentas komedi sepertinya ingin membuat persembahan.

 

Namun, sungguh tidak disangka apabila dia membuka kesemuanya selepas mengaku dirinya seorang penghafaz Al-Quran 15 juzuk kepada penonton.

“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti ****. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. I’m Malay and muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran. But one second…,”

Orang ramai pakat bersorak

Lebih menyedihkan, semua yang berada di situ bersorak seolah-olah meraikan pendedahan wanita berkenaan, bukannya menghalang atau bersuara menghentikan perbuatannya yang secara tak langsung telah menghina Islam.

 

 

"Hafal tak jamin kau Islamik"

Susulan perkongsian, rasanya kita sudah dapat mengetahui nasib wanita berkenaan dengan melihat ruangan komen bilamana rata-ratanya mengecam dan mengkritik perbuatannya.

 

"Ini acara hina diri sendiri"

"Bila dah tak kelakar, jadikan diri bahan lawak"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen