“Macam dia suka je...” – Netizen dakwa wanita hina Islam ‘lapar’ populariti

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebentar tadi, wanita yang tular dipercayai menghina Islam di hadapan khalayak ramai yang dikenali sebagai Amy atau nama penuhnya Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas dikatakan menjadi punca suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam sewaktu membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club pada 4 Jun lalu.

 

Susulan itu, reaksi wanita berkenaan ketika tiba di perkarangan mahkamah menjadi perhatian ramai terutama dalam kalangan media.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok Kosmo Online, Amy berbaju kuning dilihat tenang sambil diiringi dua pegawai di kiri dan kanannya.

@kosmoonline KUALA LUMPUR - Wanita yang didakwa menghina agama Islam dalam sebuah kelab tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. #wanita #hina #islam #didakwa #kualalumpur #trendingnewsmalaysia #tular #beritatiktok #pelawak ♬ bunyi asal - Kosmo!

 

Walau bagaimanapun, reaksi Amy menjadi perhatian netizen yang mendakwa wanita berkenaan seakan suka perhatian yang diberikan kepadanya.

Macam dia suka je

Kesian dekat mak ayah dia

Bayar saman nanti buat lagi

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen