‘Join’ sekali hina Islam, teman lelaki Amy mengaku tidak bersalah

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas Amy atau Siti Nuramirah Abdullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dipercayai bertindak menghina agama Islam dengan menanggalkan baju kurung serta tudung di kelab komedi.

 

Susulan itu, teman lelaki kepada Amy turut didakwa di mahkamah seksyen hari ini atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Tertuduh V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' di pautan Instagram membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

 

Difahamkan, kesalahan tersebut dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Alex didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

Difahamkan sebelum pertuduhan dimulakan, peguam yang mewakili tertuduh Ramesh NP Chandran, membuat permohonan maaf kepada mahkamah selepas hadir lambat kerana terpaksa menyelesaikan kes berkait di mahkamah berbeza.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Mohamed Idris tidak menawarkan sebarang jaminan.

Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, perlu melapor diri di balai polis dan tidak memuat naik sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes ini.

Bagaimanapun, Ramesh membantah dan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah dengan alasan semua kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang boleh dijamin.

 

Hakim kemudian memutuskan mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan Mahkamah menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen