Langgar kontrak pembelian, Elon Musk disaman Twitter

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini, kecoh dalam pengguna media sosial apabila orang terkaya di dunia,  Elon Musk dikatakan membeli laman Twitter.

Terbaru, Twitter memfailkan saman terhadap bilionair, Elon Musk pada Selasa kerana melanggar kontrak AS$44 bilion (kira-kira RM195.1 bilion) yang ditandatangani untuk membeli firma teknologi itu.

 

Difahamkan, untutan saman itu difailkan di Delaware, Amerika Syarikat (AS) bagi memohon kepada mahkamah supaya memerintahkan Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, menyelesaikan perjanjian untuk membeli Twitter, dengan alasan tiada ganti rugi wang dapat memulihkan keadaan.

"Tindakan Musk mengesahkan dia melanggar kontrak yang ditandatanganinya secara bebas, dan merosakkan Twitter dalam proses itu.

"Twitter akan menanggung akibatnya yang tidak boleh dipulihkan akibat pelanggaran defendan," katanya.

 

Saham syarikat media sosial itu naik sedikit dalam dagangan selepas pasaran apabila berita itu tersebar.

Penganalisis Wedbush Dan Ives dalam notanya kepada pelabur berkata, pakar undang-undang dan penganalisis pasaran melihat Twitter ada kelebihan yang kuat untuk membawa kes itu mahkamah.

Selepas berminggu-minggu, Musk menarik balik perjanjian itu pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Musk melalui ciapannya di Twitter pada hujung minggu mengecam syarikat berkenaan kerana mahu mengambil tindakan terhadapnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen