Sikap Berubah Ketika Bercinta, Adakah Kita Menjadi Diri Sendiri Atau Berpura-Pura?

Pernah kah anda melihat keadaan di sekeliling. Menjadi pemerhati untuk seketika. Menggunakan daya imaginasi di luar kotak. Mengapa orang yang bercinta atau di lamun cinta, sikap mereka akan berubah dalam sekelip mata? Pernahkah anda melihat boss anda garang di tempat kerja, tetapi dengan pasangan kekasih hati, manja seperti anak kucing yang mahu di belai? Sangat kontra bukan?

Ketika bercinta:

Secara saintifik, apabila anda di lamun cinta, adrenalin di dalam tubuh badan anda akan berubah secara drastik atau dipanggil sebagai ‘rush adrenalin’. Situasi ini akan memberi kesan seperti rama-rama yang berada di dalam perut atau anda sentiasa merasakan sesuatu yang tidak kena pada badan anda.

Perasaan anda juga berubah dan ia akan bersambung ke minda dan cuba memberitahu untuk memberi tumpuan kepada sesuatu yang penting akan berlaku.  Adakah ini dinamakan cinta?

Selain daripada itu, cinta adalah ubat kepada pasangan yang bercinta kerana hanya mereka berdua sahaja yang bersetuju dan dapat memahami situasi tersebut.  Dopamine dan oxytocin adalah dua neurotransmitter lain yang membuat anda mempunyai perasaan yang positif.

Oxytocin juga adalah sejenis pembunuh kesakitan yang dihasilkan secara semulajadi yang diberikan kepada wanita semasa melahirkan anak. Peningkatan tahap oxytocin adalah satu perkara yang berlaku kepada badan anda apabila anda jatuh cinta.

Sukar untuk faham bukan?

Secara teorinya atau dengan bahasa mudah, cinta itu..

1. Membuatkan anda untuk menjadi lebih baik daripada masa silam.

2. Membuatkan anda berfikiran lebih matang dan mengambil berat tentang seseorang.

3. Membuatkan anda berfikir untuk jangka masa yang panjang.

4. Membuatkan anda lebih bahagia.

Secara lahiriah, cinta itu memang lumrah yang Allah telah berikan pada setiap manusia. Cinta itu tidak boleh disangkal lagi keraguannya.Kita bukan berpura-pura untuk bahagia tetapi apabila dengan seorang yang kita anggap ‘special’ perubahan yang berlaku adalah secara semula jadi yang telah Allah berikan, seperti yang telah disebut dalam surah An-Nisaa’ ayat 1:

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu Yang menciptakan kamu dari satu jiwa dan darinya Dia menciptakan jodohnya, dan mengembang-biakan dari keduanya banyak laki-laki dan perempuan…..” 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen