Konvoi VIP lawan arus, pengguna jalan raya nyaris kemalangan – “Kaut sorang nampak!”

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagai sudah terlalu kerap apabila VIP sentiasa diberi keutamaan apabila melalui jalan raya. Lebih-lebih lagi apabila dalam kesesakkan, keutamaan yang diminta itu sering kali membuat pengguna jalan raya ‘panas hati’.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparkan polis pengiring bersama beberapa kereta dikatakan milik VIP memotong barisan kereta yang sesak.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh Meerza Danish ini memaparkan dia nyaris kemalangan apabila polis pengiring bersama VIP berkenaan tiba-tiba bertentangan dengannya.

@meerzadanish

Ni kalau aku tersapu diorang ni dapat cleam ke tak? Nasib lah aku slow

♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) - Ptrp Studio

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat terdapat kesesakkan di laluan sebelah membuatkan polis pengiring melalui laluan yang melawan arus itu.

Bagaimanapun, Meerza Danish bernasib baik apabila ketika itu dia sedang memandu dengan perlahan dan sempat mengelak konvoi VIP berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa konvoi berkenaan sangat mementingkan diri.

Bahayakan pemandu lain

Pentingkan diri

Nasib baik tak kena

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen