Dah beli semua barang bayi, isteri terkilan suami tak sempat sambut cahaya mata ketiga

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Demikian mengenangkan nasib seorang isteri yang kini bergelar ibu tunggal selepas suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tengah sarat datang tengok suami di lokasi kejadian

Dia bernama Norhanazielah Hanazi berkata, tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhammad Eizreel Muhammad Roszaidi.

Tambah wanita itu, dia pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.

"Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia."

"Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketuga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah paling tak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli."

-Norhanazielah-

Ingin selalu didampingi anak-anak

Bercerita pula detik-detik sebelum kejadian, Hanazielah memaklumkan dia ada menerima pesanan Whatsapp dari arwah suami sekitar jam 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.

Malahan, sejak kebelakangan itu, arwah mahu sentiasa berdamping dengan anak-anak di rumah sehingga sanggup tidak pergi kerja.

"Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan."

-Hanazielah-

 

Sebelum ini, tular di media sosial akan video menyaksikan detik-detik ngeri sekumpulan motosikal terlibat dalam kemalangan sewaktu sedang berlumba di Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu, Gelugor.

Difahamkan, seramai tiga orang maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi berada dalam keadaan parah.

Bagaimanapun, jumlah kematian bertambah apabila salah seorang daripada mangsa parah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Ahad.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen