Haqiem Stopa ucap selamat tinggal, nak ke luar negara buat lesen

Selepas gambarnya ditahan polis tular di media sosial semalam, ikon permotoran, Haqiem Stopa lebih memilih untuk berdiam diri sekaligus memberi bayangan enggan mengulas perkara tersebut.

"Bye, nak buat lesen!"

Namun begitu, dia memuat naik pula video terbaharu di Tiktok yang memperlihatkan keberadaannya di lapangan terbang.

 

@haqiemstopa Dua situasi sama ada terpaksa atau rela ?aku pilih rela ✨🤙🏻👇🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound - Haqiem_stopa

Pasport dah siap di tangan

Dia yang ketika itu sedang menolak bagasi pakaian berjalan sendirian sebelum melambai-lambai ke arah kamera.

Turut kelihatan di tangannya sudah siap memegang pas perjalanan ke luar negara.

 

"Jauh betul buat lesen"

Tulisnya di ruangan komen, keberangkatannya bertujuan membuat lesen, namun warganet yakin dia hanya berseloroh.

 

"Dah siap lesen, roger bang"

"Jangan lupa bayar saman"

"Macam mana ikon takde lesen?"

 

Gambar kena saman tular

Sebelum ini, tular di media sosial gambar Haqiem Stopa telah dikenakan saman gara-gara tidak mempunyai lesen memandu.

Meskipun wajahnya ditutup, namun warganet terlebih arif 'menghidu' identiti individu terbabit sehingga akhirnya pihak polis tampil mengesahkan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen