Harga barangan belum stabil, kerajaan mungkin tambah BKM golongan B40

Melihat kesukarakan rakyat ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Perkara itu disasarkan kepada golongan B40 jika harga barangan masih belum stabil.

Krisis bekalan makanan dunia bakal berlarutan

Kerajaan tambah BKM dan subsidi 

Selain itu, beliau turut menambah bahawa kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menambah subsidi kepenggunaan sedia ada sebanyak RM77 bilion.

PM making 4-day official visit to Turkiye | Free Malaysia Today (FMT)

"Saya umum pada Fasa 2 BKM kita tambah daripada RM400 jadi RM500. Kita tambah RM100, bukan beri RM100. Keseluruhan kepada golongan B40 setahun RM2,600."

"Kita ada dua fasa lagi iaitu Fasa Ketiga dan Keempat, kita akan tengok keadaan jika perlu naikkan lagi. Kalau harga telah stabil kita tidak naikkan."

“Komitmen kerajaan bantu rakyat tangani kos sara hidup juga dibuktikan dengan meningkatkan pemberian subsidi kepada RM77 bilion tahun ini dan mungkin bertambah lagi berbanding peruntukan asal RM31 bilion pada 2020,” katanya pada sidang Dewan Rakyat."

-Ismail Sabri-

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - Mafi

Kenyataan tersebut bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen