Beberapa hari berdiam diri, Haqiem Stopa akhirnya buka mulut berhubung gambarnya ditahan polis tular di media sosial.
"Betul saya bersalah"
Menjelaskan perkara sebenar, Haqiem mengaku ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya pada Ahad.
Namun, dia menafikan dikenakan saman atas kesalahan tiada lesen motosikal, sebaliknya ditahan ketika memandu kereta.
"Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh."
"Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri, namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui sekatan jalan raya di ibu kota.
"Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah."
-Haqiem-
Tak 'senang' butiran peribadi tular
Dalam pada itu, Haqiem turut luah kesal apabila notis samannya tular di media sosial selain bingung terhadap tindakan individu berbuat demikian.
"Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya."
"Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan."
-Haqiem-
"Saya boleh hadap situasi ni..."
Tambah pempengaruh itu, sehingga setakat ini ibu bapanya tidak mengetahui berkenaan kes tersebut, hanya adik-beradik sahaja yang tahu.
"Setakat ini saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti."
"Buat masa ni saya tangguh dulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana."
-Haqiem-
Tinggalkan Komen