Kecoh 'Crackouse Comedy Club' disimbah cat, polis cari pelaku naik kereta Waja

Sejak semalam,hangat diperkatakan di media sosial apabila mendapati kelab komedi yang pernah mencetus kontroversi  minggu lalu disimbah cat berwarna merah dan hitam.

@eg_zs tempat viral kena simbah cat dah, club komedi #fypシ #malaysiatiktok ♬ original sound - lagu video Radhi

 

Polis buru lelaki simbah cat

Ekoran kejadian, polis kini sedang mengesan dua lelaki disyaki terlibat dalam perbuatan khianat itu hingga menyebabkan cat hitam turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan daripada pekerja serta pemilik kedua-dua premis berkenaan.

"Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja telah membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club sekitar pukul 4.15 hingga 5.09 pagi."

-Amihizam Abdul Shukor-

Bank kena tempias

Bukan itu sahaja, perbuatan mereka turut menyebabkan bank di sebelah premis kelab tersebut menanggung kerugian kira-kira RM3,000.

Pun begitu, siasatan awal mendapati pengadu dalam kes ini tidak mengesyaki sesiapa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen