Dulu beria janji tak jatuh cinta, gadis terkejut 'member' datang raya bawa keluarga sekali

Ada yang beranggapan bahawa hubungan lelaki dan perempuan itu tidak memadai hanya sebagai sebatas kawan.

Majoritinya, perkenalan mereka akan berakhir dengan ikatan perkahwinan dan ia memang tidak disangka-sangka.

 

'Bestie' buat kejutan di hari raya

Berkongsi pengalaman sama, dia yang mesra dengan panggilan Erra juga melalui situasi bilamana dirisik oleh kawan lelakinya sewaktu datang beraya ke rumah Mei lalu.

 

@errasss From bestie to tunang very unpredictable. #engangement #tunang #fyp #bestfriend ♬ Hanya Dirimu (feat. Mark Adam) - Eleena Harris

Pada awalnya, dia diberitahu kawannya (sekarang tunang) ingin membawa emak beraya di rumah, namun agak tergamam seketika apabila kedatangan mereka turut disertai keluarga besar dari pihak lelaki.

Rupanya membawa hajat besar ingin datang merisik.

"Memang nak kawan je"

Menurut anak kelahiran Kedah itu, dia bersama tunangnya bernama Fahmi sebelum ini hanya berkawan dan pernah bersepakat untuk tidak saling jatuh cinta.

"Kami memang dah ada perjanjian antara kami. Memang nak kawan je tak lebih ...dia taknak Erra pun tak nak."

Tak pernah tahu dia jatuh cinta

Erra ketika ditanya tentang bibit awal percintaan menjelaskan Fahmi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia  telah menaruh perasaan.

Malah, jika keluar berdua pun perasaan yang hadir hanya sebagai seorang sahabat, tidak lebih daripada itu.

"Tempat study Erra dengan rumah keluarga Fahmi...so dari sini jugalah kami mula kenal dan berkawan biasa. Dia pun tak pernah cakap nak merisik atau bertunang."

"Dia pun tak pernah bagitahu suka Erra, cuma pernahlah keluar  makan berdua, itupun sebagai kawan."

-Erra-

 

Selain dirisik secara mengejut, Erra juga menerima satu lagi kejutan daripada Fahmi apabila dia ingin mengikat pertunangan sebulan selepas merisik.

Terserlah kesungguhannya ingin menghalalkan hubungan apabila Fahmi  'berganding bahu' mempersiapkan semua keperluan untuk majlis mereka.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen