“Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama, Dia Diambil Orang.”

Pernah dengar lagu ni? Mestilah pernah kan? Kalau dah berkenan, ada baiknya kita terus berjumpa dengan ibu bapanya. Nanti mulalah menangis tak henti. Seperti dalam lirik lagu tersebut menyatakan “sesal dan kesal engkau nantinya, bila bungamu dirayu orang.”



Okay. Kita tinggal dulu lagu tu. Kita tengok sebentar kenapa anda perlu mempercepatkan perkahwinan.

1. Gangguan manusia.

Kalau sudah ada orang lain berkenan dengan si dia, orang itu pula sangat bersungguh-sungguh untuk mengahwini wanita tersebut, kemungkinan besar anda akan ditinggalkan. Ya. Wanita juga mahu melihat kesungguhkan seorang lelaki. Kalau setakat cakap mulut saja tak guna juga. Sekurang-kurangnya coplah dulu wanita tersebut. Sambil-sambil kumpul wang hantaran dan sebagainya. Barulah pihak wanita pun senang hati.

2. Gangguan syaitan.

Sebab itu kita disarankan untuk mempercepatkan perkahwinan. Syaitan akan mengoda kita saat bersama dengan pasangan. Mula pandang-pandang, nanti rapat-rapat, pegang-pegang dan seterusnya? Nauzubillah. Moga kita dihindari daripada perkara yang tidak elok.

3. Nanti diambil orang.

Kalau tidak mahu si dia pergi meninggalkan kita, ambillah langkah bijak dengan berjumpa ibu bapa mereka. Jika anda seorang wanita, ambillah inisiatif untuk beritahu kepada orang lain yang lebih kita percayai bagi menyatakan hasrat tersebut.



Tentunya, apabila kita mengambil masa yang terlalu lama untuk menikahi seseorang, lebih banyak lagi cabaran yang bakal dilalui. Tiba-tiba berkenan orang lain dan sebagainya. Apabila sudah tekad untuk berkahwin, segerakan langkah itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen