Syak ada orang ketiga, suami penggal kepala isteri, bawa ke balai polis

Kecoh di media sosial akan sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki berjalan sambil membawa kepala isteri yang telah dipenggal olehnya.

 

Penggal kepala isteri

Menerusi paparan yang tular, difahamkan suspek bernama Nakaphodi Majhi berusia 55 tahun berasal dari Kampung Chandrasekharpur berjalan sejauh 12 km dari rumahnya untuk ke balai polis.

 

@utusantvofficial AMARAN! Video yang dipaparkan mengandungi imej yang mungkin mengganggu emosi. Si suami syak isteri curang, lalu dia penggal kepala. Kejadian di daerah Dhenkanal, India #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound - UtusanTV

Namun, sewaktu dalam perjalanan beberapa orang kampung telah menangkap suspek dan menghubungi polis.

Turut dirampas adalah senjata serta kepala milik isterinya berusia 45 tahun yang dibawa bersama sewaktu kejadian.

Selalu gaduh 

Memetik laporan Times Of India, pihak polis mengatakan suspek meragui kesetiaan isterinya dan mereka sering gaduh.

Akibat perselisihan faham yang berlaku, mereka banyak menghabiskan masa dengan bergaduh semasa sendiri.

 

 

 

Polis berkata, suspek dipercayai membunuh isterinya sekitar jam 3.30 hingga 4 pagi menggunakan senjata tajam sebelum bertindak memenggal kepala.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga selama 25 tahun dan mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen