Sebab Lelaki Memilih Wanita Pemalu Tapi Matang.

Ada lelaki suka memilih wanita yang aktif, periang dan agresif. Tetapi buat sesetengah lelaki, mereka jatuh cinta ketika melihat wanita yang mempunyai sifat pemalu. Biasanya wanita yang mempunyai sifat pemalu digandingkan dengan lelaki yang sedikit agresif. Antara faktor sebahagian lelaki terpesona dengan wanita pemalu kerana:



1. Perahsia.

Tidak dinafikan sifat malu wanita menyebabkan mereka kurang bercakap dan mudah untuk menyimpan rahsia seseorang. Bila seorang lelaki bercerita, dia boleh menjadi pendengar setia. Kadang, ada juga mencelah untuk memberikan pandangan.

2. Karekter tersembunyi.

Wanita pemalu tidak akan menunjukkan karekter sebenar mereka dengan orang yang tidak dikenali. Bila dah kenal dan rapat, baru dia akan munculkan sifat sebenarnya. Sebenarnya bukan seorang yang pemalu mata. Tapi lebih untuk menjaga diri dan maruah.

3. Ayu.

Dia kelihatan sangat menenangkan hati. Ditambah dengan sifat matang dalam membuat keputusan dan kerja yang diuruskan, dia kelihatan wow di hati seorang lelaki.

4. Penasihat terbaik.

Bukan tak mahu bercakap, tapi kurang bercakap. Apa yang diucap, difikiran dahulu baik buruknya. Lebih menjaga perasaan orang dari perasaan sendiri. Kata-katanya juga selalu teratur dan bermotivasi. Kerana yang keluar dari mulut mereka adalah mutiara bukan kaca.



Apapun, pilih wanita yang pemalu dan baik agamanya. Itu adalah pilihan yang bijak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen